15 June 2008

Posted by jinson on Sunday, June 15, 2008 2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Semalam(14 Jun 2008), semasa membaca akbar Utusan, tiba-tiba mata saya tertarik pada satu tajuk; Caj Perkhidmatan PTPTN turun 50%? Kemudian saya terus membacanya dengan penuh ketelitian. Rupa-rupanya caj tersebut masih belum muktamad lagi, hanya satu bayangan awal dari Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang keputusan kajian pihak PTPTN tentang kos perkhidmatan tersebut. Saya kira kebanyakkan orang menyambut baik akan pengkhabaran tersebut. Saya sebagai mahasisiwa yang menggunakan pinjaman PTPTN ini lagi sangat berbesar hati dan sangat bersyukur kerana pihak kerajaan dan pihak PTPTN sudah mula mengambil berat dan memahami akan kebajikan kami, kebajikan mahassiswa.

Tetapi..tiba-tiba saya terfikir satu perkara, macam mana dengan keputusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengkajian semula terhadap caj perkhidmatan PTPTN ini? Kenapa tiba-tiba ja, isu riba tu diam sunyi sepi..Mesti anda pun nak tahu jugak kan??? Hmm…
Justeru di sini saya kemukakan kronologi tentang isu PTPTN ni berdasarkan berita-berita yang disiarkan melalui akhbar Utusan.
3 Januari 2008: Pihak PKPIM menggesa pihak PTPTN mewujudkan panel syariah kerana ada pihak yang mengaitkan caj tersebut dengan amalan riba yang betentangan dengan Islam.
24 April 2008: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dikenakan ke atas pelajar yang membuat pinjaman bagi mengelakkan wujud unsur riba.

25 April 2008: Respon daripada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis Fatwa meminta pihak pengurusan PTPTN supaya mengemukakan segera dokumentasi perlaksanaan PTPTN kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ditentukan statusnya. Langkah ini sangat penting kerana dengan adanya Dokumentasi perlaksanaan PTPTN, maka proses pengkajian dan penentuan status PTPTN akan dapat dihasilkan dengan cepat. Pihak Majlis Fatwa juga turut meminta pihak PTPTN mengemukakan formula kutipan pinjaman dan apakah yang sebenarnya dimaksudkan caj perkhidmatan 3 peratus tersebut. Adakah ia bersifat tetap atau tidak. Justeru pihak PTPTN perlu bertindak secara proaktif dengan menyegerakan usaha mengemukakan isu berkenaan kepada pihak majlis.

06 Mei 2008: Isu PTPTN turut dibahas dalam dewan parlimen.
09 Jun 2008: ura-ura caj PTPTN akan diturunkan. Kadar caj baru belum ditentukan lagi oleh pihak kementerian dan pihak PTPTN, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron kepada UTUSAN.
14 Jun 2008: ura-ura menyatakan caj perkhidmatan diturun sebanyak 50 peratus iaitu dari 3 peratus diturunkan kepada 1.5 peratus. Menteri Pengajian Tinggi memaklumkan bahawa beliau akan membentakkan keputusan caj perkhidmatan PTPTN pada mesyuarat Kabinet minggu depan dan seterusnya akan mengumumkannya secara rasmi.

Daripada kronologi di atas, saya dapati, pihak Majlis Fatwa belum mengkaji dan menentukan status caj perkhidmatan PTPTN tersebut. Dan proses ini tergendala kerana pihak PTPTN masih belum mengemukakan apa yang diminta oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Isu ni didiamkan dan sehinggalah semalam(14 Jun 2008, Utusan) ia dihangatkan semula dengan pengumuman gambaran awal tentang penurunan caj perkhidmatan sebanyak 50 peratus oleh Menteri Pengajian Tinggi. Apa yang saya nampak dari tindakan beliau adalah pihak kementerian dan PTPTN cuba mengubah focus sebenar desakan pengkajian caj perkhidmatan PTPTN. Isu yang mahasiswa ingin tahu adalah status riba dalam perlaksanaan PTPTN tersebut. Justeru, PMIUSM amat mengharapkan pihak PTPTN bergerak secara proaktif dengan mengemukakan dokumentasi perlaksanaan PTPTN tersebut kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Kami mengingatkan pihak PTPTN supaya jangan cuba mengalih fokus kami kerana kami mahasiswa yang pantang dicabar.

Sekian, waallahu a'lam
Categories:

2 comments:

Anonymous said...

Satu lagi kronologi yang nti tertinggal...8 jun 2008: Majlis Fatwa meminta PTPTN mengkaji semula kaedah caj perkhidmatan 2..Sila rujuk Berita Harian tarikh di atas.dalam Utusan X kuar berita 2..Lain kali boikot utusan.. sun_ni

Anonymous said...

hmm..dalam berita harian pun tak berapa jelas...kiranya sekarang ni apa keputusan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan?