29 May 2008

Posted by jinson on Thursday, May 29, 2008 No comments

Seperti yang dijanjikan, kali ni ana akan bercerita tentang seorang srikandi, iaitu Nailah al-Farafishah. Nama yang menarik sehinggakan ramai yang menggunakan nama ni dalam freindster depa, dalam blog dan sebagainya [termasuk ana la tu..heheJ]

Siapa Nailah ni?

Nailah adalah isteri kepada Khalifah Uthman bin ‘Affan. Nama penuhnya ialah Nailah Binti Farafishah Bin Al-Ahwash Al-Kalbiyah. Beliau seorang yang cantik dari segi rupa dan akhlaknya. Beliau antara muslimah yang fasih dalam tutur kata, sasterawan dan penyair. Selain terkenal dengan kecantikan, beliau jugak terkenal sebagai seorang yang pandai, matang dalam berfikir sehinggakan Saidina Uthman pernah memujinya “Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya selain darinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akal saya”. Khalifah sentiasa meminta pandangan dan fikiran beliau untuk membandingkannya dengan pandangannya sendiri. Subhanallah, semoga daku tergolong dalam golongan seperti ini. aMiN..



Namanya mula disebut-sebut orang dalam sejarah Islam dari masa pembunuhan yang dilakukan keatas suaminya, Saidina Uthman..

Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Dia senantiasa berada disampingnya dalam segala urusan. Bahkan dia telah mempertaruhkan dirinya untuk keselamatan Khalifah. Tak kala fitnah berada di kemuncaknya, rumah Khalifah dikepung oleh kumpulan pemberontak, dia tetap berada disamping Khalifah dan dia telah menahan pukulan pedang dengan tangannya sebelum pukulan itu sampai kepada Khalifah.

Apabila salah seorang pemberontak menghayunkan pedang kearah Khalifah, beliau segera menahannya dengan tangannya sehingga mengakibatkan terputus jari-jarinya. [Subhanallah, sungguh berani srikandi ini.] Selepas berhempas pulas menyelamatkan suaminya dari terkena pedang itu, tetapi tidak Berjaya dan akhirnya, Khalifah syahid .

Berita pembunuhan Khalifah Uthman telah tersebar ke merata kota Madinah dengan cepat sekali. Keadaan muram dan bimbang ketara di muka orang ramai. Mereka turut merasai bahang api fitnah yang dahsyat bagaikan ribut menggila, tanpa seorang pun tahu bagaimana mengelakkannya, dan sampai ke mana bahayanya. Sejak itu, Nailah telah memainkan peranannya untuk mengubah pangaliran gerakan sejarah Islam selepas itu. Beliau tanpa membuang masa, menulis surat kepada Mu’awiyah Bin Abu Sufyan mengingatkan firman Allah Ta’ala dari surah Al-Hujrat ayat 9 maksudnya

“Dan kalau dua golongan dari kaum mukminin itu berperang, maka hendaklah kamu damaikan antara keduanya, kalau yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah”.

Memandangkan Nailah seorang penyair, maka banyaklah syairnya berkisar tentang kenangan Khalifah Uthman bin Affan. Beliau seorang penyair yang hebat, pejuang yang mantap dan isteri yang setia.

Apa yang boleh kita ambik dari kisah ini, sebagai Isteri, jadilah sayap kiri perjuangan suami. Bantulah dia selagi mana kita mampu. Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penenang fikiran. Dikala si suami buntu, dial ah penunjuk jalan. Jadilah seperti tongkat si buta.[insyaallah]

Yang ke2 nya, gunakan kebolehan yang Allah anugerahkan kepada kita pd jalan yang betui. Kalau kita ada suara yg merdu, gunakan utk berdakwah melalui nasyid, jika kita ada otak yg pintar, gunakan kepintaran kita untuk Islam, jika kita ada duit, gunakan duit itu utk Islam dan mcm-mcm lagi.

Yang ke3, jadilah diri kita sebagai pendamai dalam perselisihan dengan sahabat. Serendah rendah Ukhuwah,ialah berlapang dada, so bila ada terasa sikit2 tu, jangan dilayan sangat. Takut2 nanti akan jd barah..Selalunya orang pompan la yang dok bwt gheja mcm ni.

Yang seterusnya, shbt2 tambah la yer. Sama2 kita berkongsi ilmu. Semoga kita semua dapat mengambil pedoman dari srikandi2 Islam. aMiN..



rujukan: Buku Kisah 88 Mutiara Syurga; Wanita Kekasih Allah.
Terbitan: Darul Nu'man.
Categories: ,

0 comments: