30 May 2008

Posted by jinson on Friday, May 30, 2008 No comments

Baru2 ni, ana pi dengar kuliah Ust Ahmad Jailani. Sebelum nak pi tu rasa berat jugak coz penat keje…hehe. Tapi, bila difikir-fikirkan ilmu didada ini tersangat kurang, maka digagahi juga menstat moto ke Masjid Batu. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan buatku untuk mendalami ilmu agama dan insyaallah, aku akan cuba sampaikan pada sahabat-sahabat yang lain.

Kuliah ini bermula selepas solat Maghrib. Ust Ahmad Jailan memulakan kuliahnya dengan megemukakan fatwa-fatwa dari sebuah kitab himpunan fatwa-fatwa.[‘asif, ana tak ingat nama kitab tu, sbb ana tak sempat catit, ana dah Tanya kat shbt2 yang lain, depa pun tak dpt tangkap nama kitab tu, so, insyaallah kalau ana jumpa nama kitab tu, ana bgtau yer].

Ust memetik dari kitab itu pada Juzuk ke-2, Bab Aqidah.

Soalan pertama berbunyi lebih kurang mcm ni la:

“Adakah boleh seseorang muslim menyatakan kafir ke atas seseorang Yahudi, Kristian atau Majusi?”

Jawapan:

Harus bagi orang Islam menyatakan orang Yahudi, kristian sebagai kafir kerana Allah telah menyatakan dengan jelas dalam ayat-ayatNya.



Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan ahli kitab dan orang-orang musyrik(akan masuk) ke neraka Jahanam; mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk (Surah Al-Bayyinah: ayat 6)

Soalan yang kedua bunyinya lebih kurang mcm ni

“Apa hukum kita tidak kata kafir kepada orang kafir”

Jawapan:

Sesiapa yang telah sabit akan kekafirannya maka wajib kita I’tiqad dia adalah kafir. Kita kena hukum keatas dirinya kafir. Wajib kita kata kafir ke atas orang kafir kecuali ada keraguan. Jika ada keraguan, Maka kita perlu hilangkan keraguan tersebut dengan bertanya sendiri dengan orang itu. Sebagai contoh, dia berkata : Bahawa dia kufur dengan Allah dan dia tidak mengakui risalah Rasulullah saw. Orang yang seperti itu telah menghukumkan kufur ke atas dirinya, maka dia bukan lagi orang Islam.

Isu Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang murtad

Siapakah Tan Ean Huang?

Tan Ean Huang

Berasal dari Pulau Pinang. Sebelum dia menganut Islam, dia beragama Buddha, dia tinggal di Jepun dan bekerja sebagai Tukang Masak. Semasa dia disana dia tinggal serumah dengan seorang warga Negara Iran, Firdaus Azlaniyyah. Mereka pernah bersekedudukan, pernah bersama-sama minum arak dan sebagainya. Selepas 7 tahun, Tan Ean Huang ajak Firdaus ni kawen. Pada tahun 1998, depa balik Malaysia untuk mengurus pengislaman Tan Ean Huang. Kemudian mereka pun kawen. Selepas dia mengucap kalimah syahadah, dia tak penah beramal dengan amalan Islam malah lebih teruk, dia masih menyembah berhala. Dan paling dahsyat dan amat teruk si suami nya turut menemaninya sembahyang di tokong. Ish2..mcm mana ni..

Apa yang berlaku pd Fatimah Tan ni?

Selepas depa kawen, depa pi jepun sat. Lepas 1 tahun depa balik Malaysia balik. Pastu, suami Fatimah Tan bgtau dia perlu balik ke Iran untuk selesaikan urusannya di sana. Dia janji akan balik ke Malaysia selepas selesai semua urusannya. Dan janji hanya tinggal janji..sehingga sekarang, Firdaus Azlaniyyah tak muncul2 jugak. Pastu, Fatimah Tan pun memohon untuk tukar agama kat Mahkamah Syari’ah Pulau Pinang. Peguam Bela Fatimah Tan ialah Ust Ahmad Jailani. Apabila Fatimah Tan tu memohon untuk tukar agama, pihak mahkamah telah membimbingnya selama 2 tahun dan memberi kaunseling selama 4 bulan. Tapi, Fatimah Tan tetap berkeras nak tukar agama kepada agama asalnya, Buddha.

Pastu, kes ini dibicarakan, dan pihak peguam bela telah memintak bukti-bukti sebelum memutuskan keputusannya. Bukti yang pertama, Ust Ahmad Jailani mintak pengakuan daripada Fatimah Tan sendiri. Dan dia dengan rela hatinya memberitahu dia nak tukar agama. Bukti kedua pula ialah melalui gambar-gambar Fatimah Tan. Dia menceritakan nama tokong yang ada dalam gambar-gambar tu dan berapa kalikah dia sembah. Bukti yang ketiga, Ust Ahmad Jailani memanggil adik Tan Ean Huang menceritakan perihal kakaknya. Adik Tan memberitahu mahkamah bahawa kakaknya tidak pernah melakukan ibadah sebagai seorang muslim bahkan masih berulang alik ke tokong untuk menyembah tokong.

So, sebagai orang yang berfikiran waras, apa hukum keatas Tan Ean Huang ni? Apa hukum jika seorang muslim tu menyembah selain Allah. Sudah tentu jawapannya ini adalah SYIRIK..menyembah selain Allah. Apa hukum terhadap perbuatan syirik ni? So, sama la ngan kes Tan Ean Huang ni.

Td kita dah tahu, yang wajib mengiktiraf seseorang itu kafir jika secara terang-terangan dia tidak mengakui keesaan Allah dan menyembah berhala. So, Mahkamah Syari’ah Pulau Pinang MENGISYTIHARKAN bahawa Tan Ean Huang telah MURTAD..sahabat-sahabat perlu ingat, mahkamah tak pernah membenarkan seseorang muslim itu murtad, tapi mahkamah akan mengisytihar murtad terhadap orang yang melanggar syahadahnya. Kalau suatu hari nanti ada 100 orang yang melakukan perbuatan syirik, mahkamah Syari’ah tidak akan teragak2 untuk mengistiharkan depa ni murtad. Qulil haq walau ka nal muran,”berkata benar walaupun pahit”.

Ta’alim tadi kami bincang perkara ini dari buku risalah ta’alim . Dalam fasa 2 usul yang ke 20 menceritakan hokum mengkafirkan orang muslim dan ada jugak sebut bila seseorang muslim itu menjadi kafir.

Bilakah seorang muslim itu menjadi kafir?

Al-imam asy-syahid menerangkan beberapa sebab yang kalau sesiapa melakukan salah

satu daripadanya maka dia berhak untuk dikafirkan.

  1. Berikrar dengan kalimah kufur.
  2. Mengingkari sesuatu yang ketahui dari agama dengan darurah.
  3. Mendustakan kenyataaan Al-Quran.
  4. Melakukan satu perkara yang tidak boleh ditakwilkan melainkan dengan kekufuran.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi, ayuh sama-sama kita bantu rakan-rakan yang amat memerlukan bimbingan ini. Bimbinglah dengan penuh kasih sayang dalam membawa mereka kembali kepada ISLAM.


Categories:

0 comments: